Wednesday, 27 December 2017

TERLAMBAT SEBULAN!!

TERLAMBAT SEBULAN !!! 😱😱😱😱😱

Sepasang pengantin baru berkahwin 4 bulan. Pada suatu malam, si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "Abang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini didatangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakan dalam pembayaran bil elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata "Ini rumah Encik Mahpus ke?" "Iya, saya ni isterinya. Ada apa Encik?"

Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti bos saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB
tu." APA??? Macamana pulak Encik tahu yang saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab "Ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check online."

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "APAAA??? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu???"

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan "Relaxs puan, puan ni baru lewat
sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan."

Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya. Lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ.

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini diberitahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambil cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan.

Tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh-heboh ke dalam internet. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan ke????!! Bisnes apa korang buat niii?? Nak kena saman ke???

Lalu pegawai yang datang ke rumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan
keadaan. "Sabar Encik, sabar Encik. Apa susah, kalau Encik nak settlekan perkara ni, bayar je." Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Mahphus naik berang.

"APAAA?? Nak bayar korang? Belahhhh lah!!"

Lalu pegawai TNB tu pun cakap "Kalau macam tu, kita terpaksa potong encik punya..........."

Si Mahpus mencelah "Apa??? Potong??? Habis tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap "Nampak gayanye, ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN
AJERRRLAAAAAAAA"

???????????????????

Amboi kemain tekun korang baca eh! 😂😂

0 comments:

Post a Comment